Subhanallah,
Hasil undian sms NTV7 dalam berita malam ni tadi
6/12/06, didapati menyokong kenyataan YAB TGNA :
"Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru
(MPKB) menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecil
menegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerja
di premis perniagaan di kawasan tadbirannya."
"Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh
sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi
bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?"
sms tersebut berbunyi lebih kurang seperti berikut
WANITA YANG BERPAKAIAN SEKSI KURANG DIHORMATI.
85% Menyatakan YA dan hanya 15% menyatakan TIDAK
"The latest dress code ruling in Kelantan is
disrespectful and undermines women's capabilities.
Women, Family and Community Development Minister Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the
no sexy clothes ruling in Kelantan."
Bagaimana pandangan seorang Menteri wanita MUSLIM yang
menjaga sebuah kementerian yang berkaitan dengan
wanita, keluarga dan pembangunan komuniti boleh jauh
tersasar dari pandangan dan pendapat MASSA.
Rakyat sepatutnya boleh menilai kualiti dan kewibawaan
menteri2 kabinet yang ada.
Saya masih belum jumpa potongan akhbar UM / BH untuk
dikongsikan disini, yang memberitakan seorang lelaki
ditangkap kerana bersikap tidak senonoh dengan membuka
zip seluarnya dan menunjukkan alat sulitnya. Menurut
lelaki yang sudah pasti 'mempunyai penyakit dalam
hati', dia tidak boleh tahan melihat wanita2 yang
berpakaian seksi seperti mangsanya pada hari tersebut.
Pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut juga
turut menasihatkan agar wanita2 tidak berpakaian seksi
kerana ini boleh menimbulkan keadaan tidak sihat
seperti yang berlaku pada hari tersebut.
Saya juga pernah menyimpan satu tulisan hasil kajian
seorang profesor dari sebuah Universiti sebuah negara
barat ( maaf, saya tidak dapat menyatakan dengan tepat
kerana artikel tersebut telah terpadam dari PC saya
sejak beberapa tahun lepas ). Kajian itu melibatkan
beberapa ribu responden yang ditemu-ramah untuk
memberi komen tentang 2 keping gambar wanita. Sekeping
adalah gambar wanita yang berpakaian sopan dan
sekeping lagi gambar wanita yang berpakaian seksi.
Hasil kajian membuktikan wanita yang berpakaian seksi
lebih terdedah kepada serangan seksual dan dikatakan
kurang bermaruah berbanding dengan wanita yang
berpakaian sopan. Nah.. itu kajian disebuah negara
Barat.
Ini sangat berpadanan dengan hasil undian sms NTV7.
Saya sangat berharap agar hasil undian dan kajian ini
dapat membantu DSSJ dan pihak2 lain yang membantah
(MPKB) menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecil
menegah wanita berpakaian tidak sopan menimbang semula
kenyataan mereka dan memberi peluang dan kebebasan
kepada MPKB melaksanakan apa yang menjadi tanggung
jawab mereka.
Ingatlah DSSJ, mencegah lebih baik dari merawat.
Ingatlah menjadi kewajipan seorang Muslim mencegah
kemungkaran sebagaimana Hadis Nabi SAW yang bermaksud
" Barang siapa diantara kamu melihat kemungkaran,
hendaklah mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu
dengan lidahnya, jika tidak mampu dengan membenci
didalam hati. Yang demikian itu adalah selemah-lemah
iman.". Kalau sudah benci pun tidak malah bantah pihak
yang menggunakan 'tangan' atau kuasa untuk mahu
menegakkan syariat Allah, dimana hendak dikategorikan
diri kita.
Haruslah dimaklumi beberapa fakta iaitu wanita-wanita
bukan Islam tidak dipaksa bertudung cuma diminta
berpakaian sopan. Bagi wanita Islam masyarakat KB
mereka telah pun diberi penerangan dan ilmu tentang
kewajipan menurut aurat sejak 3 penggal kerajaan PAS
memerintah. Tambahan pula undang-undang kecil tersebut
memang sudah sedia ada cuma sebelum ini tidak
dikuatkuasakan untuk memberi peluang rakyat memahami
polisi dan hasrat kerajaan negeri.
Firman Allah yang bermaksud " Wahai Nabi, suruhlah
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan
pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)maka
dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah
Al-Ahzab:59]
Dr Lo'lo' bt Hj Mohamad Ghazali
docpearl@hotmail.com
docpearl.blogspot.com
Monday, December 11, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment