Friday, June 08, 2007

Muktamar Muslimat – Satu Coretan

Alhamdulillah DMPP selamat bermuktamar pada 31hb Mei 2007 yang lalu di Dewan Bunga Tanjung, Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan dalam suasana yang bercampur-campur. Sebagai orang muda dalam PAS dan turut mengenali secara dekat pemimpin-pemimpin muslimat, saya melihat muktamar yang lalu sebagai satu medan muhasabah penuh pengajaran dan iktibar, buat semua dan khususnya buat saya.

Selama sepenggal saya dilantik sebagai setiausaha sebuah lajnah dalam DMPP, banyak mengenalkan saya kepada cabaran dan sabar, terutama bekerja dengan mereka yang layak saya panggil ibu atau kakak. Seawal dilantik lagi saya mengambil prinsip bahawa saya menganggap mereka sebagai ibu/kakak saya. Justeru segala teguran atas kesilapan / kelemahan saya, mampu untuk saya terima dan saya perbaiki. Itulah resepi saya untuk terus rapat dengan mereka.

Akhir-akhir ini banyak yang kedengaran di telinga saya punca kekalahan Dr Lo’Lo’ Hj Ghazali. Salah satunya ialah: beliau tidak buat kerja. Tulisan ini bukanlah untuk menepis segala dakwaan, itu saya pulangkan kepada penilaian para pembaca. Tulisan ini bagaimanapun sekadar ingin membawa pembaca mengetahui reality sebenar sepanjang pengenalan saya dengan beliau.

Bagi pembaca yang setia mengikuti berita-berita yang disiarkan di dalam Harakahdaily.net atau akhbar rasmi PAS Harakah, pasti semua maklum siapakah beliau kerana kekerapan wajah atau berita tentang beliau di dada-dada akhbar. Kalau hendak di senaraikan, mungkin mengambil masa sedikit dan ruang yang banyak. Tetapi bagi ahli yang tidak menjadikan membaca Harakah (cetak atau internet) sebagai kelaziman, mereka hanya akan menilai berdasarkan laporan yang dipaparkan sekali setahun yang merupakan rumusan kepada aktiviti yang telah diadakan sepanjang tahun.

Di antara semua kepimpinan muslimat, Dr Lo’Lo’ lah yang paling banyak menerima undangan ceramah (umum atau kecil), forum-forum dan merasmikan mana-mana majlis di semua peringkat PAS.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga paling kerap di temu bual oleh majalah-majalah seperti Feminin, Anis dan lain-lain di samping akhbar-akhbar tempatan, semuanya samada yang dimiliki oleh PAS mahupun majalah / akhbar milik bukan PAS. Saya masih ingat lagi temu ramah wartawan Kusyi Hirdan dengan beliau dengan tajuk “Dr Lo’Lo’ bercakap dengan pokok” yang tersiar di Harakah tidak lama dahulu begitu mendapat perhatian segenap ahli.

Bagi sesetengah orang, mereka mendakwa hanya individu-individu tertentu yang mendapat tempat dalam Harakah, seperti Dr Hatta, Ust Nasa, Dr Lo’Lo’ dan ini dikaitkan dengan agenda menaikkan mereka. Tuduhan sebegini bagi saya tidak berasas langsung! Memang menjadi kelaziman bahawa promosi terhadap sesuatu program perlu dilakukan, ini kerana tanpa promosi bagaimana rakyat hendak tahu PAS ada bersama mereka?

Harakah pula tidak mampu tahu semua program yang diadakan di seluruh Negara, jadi apa yang boleh dibuat ialah kita perlu maklumkan Harakah untuk membuat liputan. Ini salah satu yang saya pelajari daripada Dr Lo’Lo’. Promosi. Promosi. Promosi. Kalau boleh sampai masuk TV dan Radio, tapi peringkat ini jarang-jarang boleh dapat.

Selaku setiausahanya, saya maklum bahawa beliau adalah tokoh muslimat yang paling kerap memberi kenyataan bagi pihak Dewan Muslimat terutama apabila ketuanya tiada. Wartawan-wartawan samada dari akhbar milik PAS atau bukan milik PAS berlumba-lumba mendapatkan maklumbalas beliau bagi isu-isu bersangkutan muslimat dan perubatan, seperti pengenalan tol di Hospital Kuala Lumpur, kenyataan berbaur gangguan seksual di Parlimen, kenaikan harga barangan dan lain-lain. Ini semua menunjukkan beliau bekerja.

Selaku Timbalan Ketua, beliau turut bertugas membantu Ketua Muslimat dalam hampir semua keadaan. Beliau bermesyuarat – beliau bekerja. Beliau merancang – beliau bekerja. Beliau memantau – beliau bekerja. Beliau membuat pelan tindakan – beliau bekerja. Sukar semua perkara ini hendak diterjemahkan dalam sebuah laporan yang lengkap kerana ianya subjektif. Saya sendiri akui akan keterbatasan masa beliau kerana terlalu penuh jadualnya dengan program-program.

Bersama-sama Ustazah Azizah Khatib Mat, beliau turut meluangkan masa untuk turun ke kawasan-kawasan dan negeri-negeri selain turut berbesar hati meluangkan masa beliau yang sedikit untuk meraikan rombongan pelajar-pelajar di kawasan Titiwangsa. Apa yang lebih menambah terharu pelajar-pelajar itu ialah beliau turut menghidangkan mereka nasi lemuni hasil air tangannya sendiri.

Bagi saya, beliau merupakan salah seorang tokoh muslimat yang bekerja keras untuk menjayakan agenda PAS. Tiada sebab muslimat menolak beliau adalah disebabkan tohmahan sebegini. Ini kerana mengapa beliau masih mampu menang, mendapat kepercayaan dan diterima di peringkat AJK PAS Pusat? Persoalan ini saya tinggalkan kepada pembaca semua.

Dalam salah satu akhbar perdana hari Selasa bertarikh 5hb Jun 2007 ada menyebutkan “… bekas Ketua Dewan Muslimat Pas, Azizah Khatib Mat yang terkejut dan berkecil hati apabila ditewaskan Ketua Dewan Muslimat Pas Wilayah Persekutuan, Nuridah Mohd Salleh, dikatakan terus meninggalkan persidangan itu.”

Saya turut sama mengenali Mak Zah semenjak beliau naik sebagai Ketua Dewan. Memang dalam keadaan tersebut bagi mana-mana manusia tentu akan merasa terpukul, lebih-lebih lagi beliau merancang agar pemilihan berjalan dalam suasana kekeluargaan tanpa keadaan-keadaan yang tidak munasabah dan fitnah yang tidak benar. Namun, untuk menuduh beliau berkecil hati sehingga meninggalkan persidangan adalah tidak tepat.

Sememangnya Mak Zah tidak lagi berada dalam kepimpinan PAS Pusat apabila tewas jawatan Ketua Muslimat yang beliau tandingi, beliau juga bukan perwakilan yang mewakili Dewan mahupun kawasan. Beliau hanya bertindak sebagai pemerhati dalam Muktamar PAS Pusat. Itupun beliau pulang bukanlah sebaik sahaja tamat Muktamar DMPP, sebaliknya beliau turut meluangkan masa menyaksikan Majlis Perasmian Muktamar PAS Pusat pada hari Jumaat itu.

Saya kira Mak Zah juga perlukan rehat, semua yang terlibat dalam menjayakan Muktamar DMPP tentu maklum Mak Zah turut sama tidur di Pejabat DMPP di Jalan Raja Laut selama beberapa malam bersama-sama petugas lain semata-mata menyiapkan semua tugasan. Ada kalanya jam 2 pagi barulah beliau boleh tidur. Oleh itu, tidak timbul langsung soal beliau meninggalkan persidangan kerana berkecil hati.

Perwakilan mungkin membuat keputusan yang tepat hari ini dengan melantik Ketua dan Timbalan DMPP yang baru. Namun begitu, saya harapkan janganlah ada sangka buruk dan tohmahan kepada mereka yang tewas. Mereka tewas bukan kerana tidak “performed”, tetapi mungkin kerana perwakilan mahukan pembaharuan, dari segi apa, saya kurang pasti. Jauh di sudut hati saya berharap DMPP dapat meneruskan gerak kerja sepasukan dengan kerjasama yang padu di antara satu sama lain.

Seperti yang kerap saya pesankan kepada rakan-rakan saya, jauhilah perasaan buruk sangka. Sangka ini adalah cakap yang paling bohong, itu kata-kata keramat yang masih saya ingat dan pegang. Namun, jauh di sudut hati, saya ingin sangat melihat muslimat hari ini pergi lebih jauh daripada yang ada sekarang. Justeru memiliki kepimpinan yang mempunyai visi beserta agenda yang sesuai dengan matlamat perjuangan PAS sangat diperlukan supaya muslimat lebih baik daripada hari ini.

Oleh
Hana bt Hj Ahmad

Wednesday, June 06, 2007

Nik Aziz unhappy with SMSes

KOTA BARU: Pas spiritual adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat is unhappy with the spread of text messages, including those defaming party leaders, at the recent muktamar here.

Nik Aziz, who is Kelantan Menteri Besar, said the turnout at the three-day assembly was good but regretted the action of certain candidates using the SMS to campaign in the party elections.

"Pas members should avoid (using the SMS to campaign). There is no point doing it as the delegates to the meeting are mature and will not be influenced by them," he said here yesterday. Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang was re-elected uncontested at the meeting while Nasharudin Mat Isa retained his deputy president’s post by defeating former Dewan Ulama chief Datuk Harun Taib.

Nik Aziz also said it was unthinkable that Pas members should send SMSes defaming party leaders."I thought this habit had disappeared but it is still present. Please stop doing all this." Commenting on a suggestion by a top leader for the party leadership to be decided through syura (consensus), Nik Aziz said he personally preferred it to be done that way.

"Election by syura is better to avoid all the problems that come with an election." Former vice-president Datuk Hassan Ali, who did not seek re-election this year, suggested this at the muktamar.

From NST, 6th June 2007
Dewan Muslimat PAS Pusat bertukar kepimpinan

Seperti yang telah diketahui kebanyakan kita, DMPP telah bertukar kepimpinannya (berlaku setiap 2 tahun sekali) pada Muktamar DMPP yang diadakan pada 31hb Mei 2007 di Hotel Perdana Kota Bharu yang lalu.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS yang telah dipilih daripada pemilihan tersebut.

Pengerusi Tetap : Norhashimah Deraman
Timbalan Pengerusi Tetap : Wan Hamidani Wan Ahmad
Ketua : Nuridah Mohamed Salleh
Timbalan Ketua : Wan Hasrina Wan Hassan
Naib Ketua : Siti Zailah Md Yusof
Ahli Jawatankuasa :
Senator Wan Ubaidah
Mastura Muhammad
Dr Siti Mariah Mahmud
Senator Mumtaz Mat Nawi
Aiman Athirah al-Jundi
Nurul Huda Yusof Rawa
Dr Halimah Ali
Rosiah Salleh
Fatimah Ibrahim
Dr Rosni Adam
Munirah Athirah Hasan Adli
Pemeriksa Kira-kira 1 : Farah Ahmad
Pemeriksa Kira-kira 2 : Asmah Daroni

Oleh
Hannah Hj Ahmad