Mentor lawan bintang - Kelucahan yang Melampau
Salam, Saya sebenarnya hilang kata-kata apabila berpeluang menonton TV. Mentor lawan bintang cari bintang - itulah tajuk program yang akan disiarkan oleh TV 3 pd 24/12 ni. Sementara sebhg ibu bapa, adik beradik, sdra mara dan kenalan kita bermandi keringat mencari keredhaan Allah di Kota suci Mekah dan Madinah, kita di Mlaysia dihidangkan dengan iklan program yang di ulang beribu2 kali waktu prime atau bukan waktu prime untuk menyaksikan satu rancangan yang saya kategorikan sangat merosakkan malah lucah.
Cara mereka yang di panggil protege menghayun tubuh badan dan menggayakan tarian yang menggiorkan sambil menyanyi dgn penuh perasaan begitu menjolok mata dan mengaibkan. Adakah diantara kita kumpulan ALKIS yang membaca tulisan saya ini yang berbeza pendapat dgn saya tentang kelucahan dan melampaunya iklan program yang tersebut. belum lagi tengok program tersebut yang saya tidak akan tengok kerana tidak mahu di hisab oleh Allah melakukan kerja sia2.
Saya seolah2 'helpless' dan useless kerana tidak mampu menghalang program2 seperti ini terus merosakan dan mencemarkan mata, telinga dan minda terutama golongan muda. Dimanakah tanggung jawab sosial pengendali2 media letronik kita. Kalu yang beragama Islam pula tidakkah mereka takut menghidangkan 'dosa jariah' yang akan dibawa berterusan hingga akhir zaman. sape yang hendak menanggung dosa ini, sape pula yang hendak bertanggung jawab atas kebejatan akhlak dan moral generasi yang ada .
Kita sebagai ibu-bapa sudah tidak menang tangan menangani serangan2 hebat bukan dari luar rumah tetapi dalam rumah kita sendiri. Pagi ni kita menanamkan nilai mulia, malam karang musnah bila anak2 kita mencerap dalam mindanya kebobrokan dalam media yang terhidang depan mata. tidak termampu kita menutup mata dan telinga anak2 kita yang sedang meningkat remaja dan remaja. yang kecil2 mungkin boleh kita atur2, tetapi yang sudah besar dan pandai berusaha sendiri , sudah tidak terhalang lagi. bagaimana pula anak-anak kita yang lain? anak buah, anak jiran anak rakan pejabat kita yang juga ternganga depan TV.
Sebenarnya baaanyak lagi program2 seperti ini, ada yang kita perasan ada yang tidak, bukan kita nak duduk depan TV dan buka semua saluran. Tanggungb jawab siapakah memastikan media tidak menjadi media yang rosak dan merosakkan, media yang sesat dan menyesatkan. tanggung jawab guru?, ibu bapa? ahli masyarakat? penguasa? atau pemimpin yang memerintah atau rakyat yang memilih, menyokong, mengampu malah memuja pemimpin dan pemerintah yang ada? Ya Allah.. ampun kan dosa kami, kami sangat lemah Ya Allah. La haula wala quwatailla billa hil 'aliyil 'adzim.
Dr Lo'lo' HMG 0192100066
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment