Tuesday, March 13, 2007

Tahniah buat "SPM high-flyers"



Dewan Muslimat PAS Pusat merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar SPM tahun 2006 yang ternyata diungguli oleh kaum wanita. Berada di hadapan, adik Siti Fatimah Mukhtar yang merupakan pelajar dari Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu Kelantan.



Kita berbangga sebenarnya dengan pencapaian ini kerana beliau dan seorang lagi pelajar dari Kedah, Aiman telah membuktikan bahawa meskipun berada di dalam bidang agama, belajar dari acuan agama, tidak menghalang mereka untuk cemerlang. Ini sekaligus menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa pelajar aliran agama tidak dapat berkembang dan berjaya seperti mana pelajar aliran sains atau lainnya.


Kita berharap pelajar-pelajar ini dapat menjadi contoh kepada wanita yang lain, yang mana dapat mengimbangi kejayaan di dunia dengan kebergantungan yang penuh terhadap kekuasaan Yang Maha Esa.

Muslimat PAS juga berharap para pelajar yang cemerlang ini dapat menyediakan diri mereka untuk mengambil alih kepimpinan negara kelak dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara negatif yang disuakan dari semua sudut kehidupan. Kita tidak mahu mereka ditekan atau dianak tirikan oleh sebab faktor tertentu yang sebenarnya hanya merugikan aset negara.

Sekali lagi, DMPP mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya ini! Well done!

No comments: