Wednesday, March 21, 2007

HKL: Tempat Letak Kereta Berbayar Dibantah

DMPP membantah pelaksanaan tempat letak kereta berbayar di Hospital Kuala Lumpur yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Timbalan ketuanya, Dr Lo'Lo' Hj Ghazali memberitahu DMPP akan menggunakan semua saluran termasuk melalui pakatan dengan NGO untuk membuat bantahan rasmi mengenai perkara ini.

Mereka kena ingat, kita pergi HKL bukan untuk suka-suka sepertimana kita pergi membeli belah. Tapi kita ke HKL untuk mendapat rawatan dan lawatan. Mereka dah sedia sakit, mengapa disusahkan lagi mereka dengan bayaran ini?" beliau dipetik sebagai berkata.

Kita juga dimaklumkan bahawa caj tempat letak kereta itu turut dikenakan kepada para pekerja hospital disamping memberikan hanya satu laluan masuk kepada warga perubatan. Kedua-duanya bakal memberikan kesukaran kepada warga perubatan dan menyulitkan mereka untuk tiba seawal yang boleh ke HKL.

Apa yang pasti, kerajaan seharusnya memudahkan urusan rakyat terutama dalam perkara kesihatan dan tidak terburu-buru melaksanakan sesuatu tanpa mendengar pandangan orang ramai. Sikap dan cubaan mencari untung disebalik kesusahan rakyat seharusnya dihentikan dan rakyat juga diseru untuk menolak pemimpin sebegini.

"Rakyat semakin tertekan dengan keadaan sekarang. Jalan sikit ada tol, minyak lagi naik, kalau pergi HKL saya sendiri tidak pasti sampai pukul berapa tamat rawatan," kata seorang pelawat HKL ketika ditemuramah pemberita TV3 semalam.

"Mereka kena ingat, kita pergi HKL bukan untuk suka-suka sepertimana kita pergi membeli belah. Tapi kita ke HKL untuk mendapat rawatan dan lawatan. Mereka dah sedia sakit, mengapa disusahkan lagi mereka dengan bayaran ini?" beliau dipetik sebagai berkata.

Kita juga dimaklumkan bahawa caj tempat letak kereta itu turut dikenakan kepada para pekerja hospital disamping memberikan hanya satu laluan masuk kepada warga perubatan. Kedua-duanya bakal memberikan kesukaran kepada warga perubatan dan menyulitkan mereka untuk tiba seawal yang boleh ke HKL.

Apa yang pasti, kerajaan seharusnya memudahkan urusan rakyat terutama dalam perkara kesihatan dan tidak terburu-buru melaksanakan sesuatu tanpa mendengar pandangan orang ramai. Sikap dan cubaan mencari untung disebalik kesusahan rakyat seharusnya dihentikan dan rakyat juga diseru untuk menolak pemimpin sebegini.

"Rakyat semakin tertekan dengan keadaan sekarang. Jalan sikit ada tol, minyak lagi naik, kalau pergi HKL saya sendiri tidak pasti sampai pukul berapa tamat rawatan," kata seorang pelawat HKL ketika ditemuramah pemberita TV3 semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam mengumumkan bahawa Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan memperkenalkan system meletak kereta berbayar yang didakwanya untuk mengelak penyalahgunaan tempat tersebut oleh orang ramai (Utusan Malaysia 21hb Mac 2007).

Tol Masuk KL: Perbaiki Pengangkutan Awam Terlebih Dahulu

Memang menjadi hasrat kebanyakan wargakota untuk masuk ke Kuala Lumpur tanpa menaiki kereta. Lebih-lebih lagi dengan system aliran transit ringan (LRT) yang diperkenalkan beberapa tahun yang lalu dilihat menjadi pergantungan sebahagian besar wargakota dan digunakan hampir setiap masa oleh wargakota.

Namun demikian, dalam kecekapan LRT itu, masih banyak lagi sudut-sudut dalam perkhidmatan awam yang perlu diperbaiki. Perkhidmatan bas sebagai contoh, jika tidak menunggu hampir sejam tidak sah. Perkhidmatan yang tidak efisien dan sangat menyedihkan ini menjadi salah satu factor mengapa sebahagian wargakota masih memilih memandu sendiri.

Selain daripada itu, laluan system transit seperti LRT, Monorail, Star dan Komuter masih tidak dapat menghubungkan sebahagian tempat di Kuala Lumpur. Pengguna masih perlu menggunakan perkhidmatan bas dan perkhidmatan bas pula dilihat tidak efisien dalam menangani keperluan penumpang.

Dengan sebab itu, DMPP berpendapat pelaksanaan system tol untuk memasuki bandaraya Kuala Lumpur perlu ditangguh bagi memberi ruang kerajaan untuk memperbaiki system perkhidmatan awam. "Sekiranya perkhidmatan awam dilihat sebagai relevan, reliable dan efisien, saya pasti wargakota tentu mengalu-alukan pendekatan seumpama ini," jelas Timbalan Ketua DMPP, Dr Lo'Lo Hj Ghazali.

Sekiranya pelaksanaan tol ini dilaksanakan dalam keadaan sekarang, wargakota akan merasa terbeban dan tertekan kerana pertambahan perbelanjaan setiap bulan. Saranan kerajaan untuk berkongsi kenderaan juga dilihat sebagai tidak relevan dengan sebab perbezaan lokasi penginapan dan pekerjaan bagi setiap individu.

"Katalah saya tinggal di Gombak, bekerja di Subang Jaya, di pejabat saya tiada orang yang tinggal di Gombak. Dan jika saya perlu ditugaskan ke tempat pelanggan kami di KL dan tiada orang lain yang ditugaskan bersama saya, disamping tempat tinggal yang berlainan untuk pulang, bagaimana kedudukan saya jika berlaku seperti itu?" kata seorang wanita yang ditemuramah.

Seharusnya Menteri Wilayah Persekutuan dan DBKL mengkaji terlebih dahulu saranan terbabit sebelum mencetuskan idea untuk melaksanakannya. Usahlah asyik meletakkan semua kesalahan dan tanggungan kepada rakyat sedangkan kesalahan pemimpin dan kerajaan jarang-jarang sangat untuk diperbaiki. Sebaliknya rakyat terus ditekan tanpa mengambil kira pandangan dan memahami keprihatinan mereka.

Keadaan ini juga memberikan ingatan kepada kita tentang system tol yang banyak dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Selangor. Jika tol untuk masuk ke KL dilaksanakan, wargakota tentu akan mengeluh: keluar KL kena tol, masuk KL pun kena tol!

Mungkin kerajaan boleh pertimbangkan lagi tuntutan Protes: hapuskan atau turunkan caj tol di semua lokasi bertol di seluruh Negara.

*********************

Syabas Kepada Roshidah!

DMPP mengucapkan syabas kepada Brigedier Jeneral Dr Roshidah Ishak diatas kenaikan pangkat beliau ke jawatan Brigedier Jeneral dalam majlis pemakaian pangkat pegawai kanan Tentera Darat semalam.

Beliau sebelum ini pernah mencipta sejarah apabila dianugerahi pangkat Kolonel pada tahun 1998. Menurut Ustazah Azizah Khatib Mat selaku Ketua DMPP, apa yang lebih membanggakan ialah penampilan beliau yang menutup aurat telah membuktikan wanita Islam mampu pergi lebih jauh dan penampilan itu tidak sedikit pun menghalang beliau untuk berjaya.
"Kita juga berharap agar peluang untuk wanita diketengahkan dalam kelompok pengurusan tertinggi terus diberikan disamping sokongan untuk wanita khususnya wanita Islam untuk berjaya," beliau dipetik sebagai berkata.
Situasi ini seperti mengulangi pencapaian yang sama yang diraih oleh Datuk Nooryah Md Anvar yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Trafik Bukit Aman tahun lalu dengan pangkat Senior Assistant Commissioner II yang merupakan setaraf dengan pangkat Brigedier Jeneral di dalam ATM.
Kita juga berbangga dengan beberapa personality tanahair dari golongan DiRaja yang telah memberikan contoh wanita Islam dari sudut imej bertudung. Beberapa bulan lepas, Tengku Puan Pahang yang juga anakanda Sultan Johor, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar telah dilihat berubah imej yang lebih positif sesuai dengan tuntutan Islam.
Kita juga tidak melupakan kepada Raja Permaisuri Agung, Tuanku Nur Zahirah yang telah membuktikan kemasyuran bukanlah penyebab seseorang untuk ingkar kepada Raja Sekalian Makhluk.
Melihatkan suasana ini, ia sewajarnya menjadi contoh kepada Negara-negara Islam dan Negara-negara yang dikatakan Islam untuk melaksanakan kewajipan ini sepenuhnya kepada wanita Islam. Seharusnya juga menteri-menteri wanita di Negara ini menjadikan mereka ini sebagai contoh ikutan yang baik agar ia terus menjadi contoh terbaik buat rakyat seluruhnya.

Kami di DMPP sekali lagi mengucapkan tahniah!

*********************

Pemimpin dan kerajaan perlu laksana titah Tuanku, bukan sokong saja

DMPP menyambut baik titah Yang DiPertuan Agung Sultan Mizan semalam sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Parlimen Ke-11. Menurut ketuanya, Ustazah Azizah, seharusnya semua pihak perlu menyokong saranan terbabit kerana rasuah memang diketahui tidak baik untuk masyarakat disamping berdosa menurut Islam.

Namun begitu, yang lebih mustahak ialah pemimpin dan kerajaan yang berkuasa bukan sahaja perlu menyokong bahkan melaksanakannya secara menyeluruh, bukannya bermusim dan terpilih.

Disamping itu, beliau juga menyokong agar kebebasan penggunaan Internet tidak disalahgunakan untuk menimbulkan huru-hara. "Kebebasan memang perlu bagi manusia, tetapi jika disalahgunakan terutama untuk mewujudkan ketidaktenteraman contohnya perkara-perkara lucah dan bersifat perkauman yang melampau, itu perlulah kepada kawalan."

Beliau juga bersetuju dan menyokong Tuanku Sultan dalam hal kawalan barangan pengguna memandangkan inflasi semakin meningkat meskipun ekonomi diberitakan sebagai "feel good." "Feel good macamana kalau rakyat semua masih lagi merasa tertekan dengan seluruh kehidupan seharian? Adakah feel good itu untuk golongan tertentu sahaja sedangkan rakyat terbanyak terus terhimpit dalam hidupnya?"

No comments: