Liberalisme sudah menguasai media?
Oleh: Hannah LPHEL DMPP
Tatkala saya mengetuk “keyboard” laptop ini, seluruh warga Malaysia tentu sudah sunyi dengan gegak gempita Festival Filem Malaysia dek kerana seorang artis wanita yang dikatakan cukup biadap. Bagi saya, dia memang biadap dan perlu diajar.
Pelbagai pihak telah melontarkan pandangan, namun dikalangan karyawan seni sendiri telah terbahagi dua. Ini dapat dilihat dalam reaksi pelbagai yang dapat diteliti daripada penulisan di dalam Pancaindera mahupun Bintang Pop (keluaran setiap hari Ahad). Namun penulisan saya kali ini ingin membawa pembaca ke sudut yang reality hari ini.
Memang jika diteliti semua filem-filem dan drama-drama tempatan, tiada suatu pun yang boleh dibanggakan oleh akhlak Islam mahupun kesantunan budaya tempatan. Kecuali satu dua filem atau drama seperti Cinta Madinah dan lain-lain yang tayangannya Cuma terhad pada musim-musim perayaan agama Islam. Itulah martabat yang diletakkan kepada filem/drama sebegitu. Seolah-olah penonjolan akhlak mulia hanyalah perlu pada musim-musim perayaan.
Namun, saya ingin menonjolkan di sini ialah cubaan menyebarkan pemikiran liberalisme yang sedang diperjuangkan oleh sesetengah pihak di negara ini. Sesetengah pihak ini barangkali sebilangan kecil, tetapi memandangkan mereka ini menguasai sebilangan lagi orang-orang penting negara maka dengan mudahnya pemikiran sebegitu dapat disebarluaskan dengan pelbagai kaedah. Media massa tidak terkecuali.
Gerakan liberalisme telah pun menampakkan ia telah mendominasi media massa tanahair. Tidak cukup dengan penulis santai di dalam akhbar-akhbar perdana, ia turut sama diberi ruang bernafas dan memperkembangkan agendanya di filem-filem mahupun drama-drama tv. Peliknya bagaimana seorang menteri boleh melenting dengan ucapan seorang artis sedangkan hakikatnya kementeriannyalah yang telah melulus tayang filem-filem sebegitu? Ironi sekali.
Sepet dan Gubra hanyalah di antara contoh. Ia bagaimanapun berjaya ditabalkan sebagai filem terbaik sedangkan unsur-unsur yang cuba diselinap masuk tidak dapat dibaca dengan mata kasar. Sangka saya agenda sebegitu belum ada di dalam drama tempatan, namun ternyata meleset sama sekali.
Pernahkah anda cuba menonton drama “First Moms” di TV3? Jika belum, cuba-cubalah untuk menontonnya kerana anda pasti akan terkejut dengan bahan yang cuba dihidangkan. Drama itu berkisar tentang 4 orang wanita (semuanya bukan Melayu / Islam) yang 3 orang daripadanya mengandung di luar nikah. Mereka pula hidup seperti tiada kasih saying; dibuang keluarga, teman lelaki enggan bertanggungjawab dan pergolakan rumahtangga.
Saya cuba menyoroti setiap daripada adegan drama ini, hendak kata ia cuba untuk memberikan tips dan panduan kepada bakal ibu, drama ini tidak berkisar sebegitu rupa. Apabila salah seorangnya ada menyebut; “Who needs man?”, maka tahulah saya makna di sebalik drama ini. Serta merta saya teringat Puan Kamar Ainiah pernah menyebut bahawa salah satu NGO negara yang sedang menuntut hak sama rata lelaki dan wanita seperti berikut:
Menuntut wanita mendapat kuasa talak sama seperti lelaki.
Menuntut wanita diberi hak berpoligami sama seperti lelaki.
Menuntut wanita Islam dibolehkan berkahwin dengan lelaki ahli kitab.
Meskipun drama itu berkisar tentang wanita bukan Islam, namun disebaliknya ia mempunyai tujuan yang bercabang. Cabangnya berselirat sehingga tidak mampu nampak dimata kasar! Drama itu juga telah memalukan bangsa-bangsa di Malaysia kerana semua bangsa telah mengharamkan illegal sex ini. Apabila ada cubaan menayangkannya di kaca masyarakat, sebenarnya ia bertujuan untuk membiasakan masyarakat menerima keadaan itu.
Bukan itu sahaja, ia juga seolah-olah tidak menghiraukan statistic terbaru yang dicetak oleh NST (20hb Ogos 2006) baru-baru ini yang mana bilangan yang hamil luar nikah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Stesen tv yang menyiarkannya pula perlu dipersoalkan kerana tiada integriti langsung dalam soal menjaga maruah bangsa. Tahu hendak untung, maruah dan ugama tergadai sama! TV3 harus menghentikan penyiaran drama itu serta-merta.
Justeru, saya melihat isu ini sebagai semakin berleluasa dan ia harus dikekang. Jika Dato’ Dr Rais Yatim sangat prihatin dengan soal budaya, maka persilakanlah mengambil tindakan terhadap filem/drama sebegini. Filem/drama yang didapati merosakkan pemikiran rakyat seharusnya tidak dinobat sebagai yang terbaik kerana ia kelak akan memberikan inspirasi bagi pengusaha filem/drama tanahair untuk membuat filem sebegitu rupa. Nak lagi, jika filem / drama sedemikian dibawa mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa, tidak rasa malukah kita sebagai masyarakat Malaysia?
Dato’ Dr Rais juga perlu menegur tatacara berpakaian sebahagian besar artis yang semakin melampau dan tiada disiplin. Jika dahulu kementerian beliau boleh bertegas dalam isu rambut panjang, maka mengapa mesti berdiam diri dalam isu pakaian yang menjolok mata? Ini juga mencemar budaya dan norma masyarakat timur.
Kesemua isu ini saling berkait. Janganlah hendak tutup satu lubang maka lubang yang sedia Nampak dibuat tak Nampak…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
muslimat PAS Pusat, jgn terlalu mendedahkan liberal yang diamalkan oleh golongan musuh2 Allah sahaja, tetapi perlu diperhatikan fikrah liberal dalam organisasi parti yang ada sekarang.
kemenangan Islam memerlukan pertolongan Allah. klu muslimat PAS boleh berpakaian merah untuk menarik minat non muslim, nampak gayanya, pertolongan Allah masih lambat lagi
sekian
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
Post a Comment