Thursday, March 29, 2007

Tol: Rakyat Terus Ditipu

Di Dewan Rakyat kelmarin, Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu telah mendedahkan angka kutipan tol bagi 19 lebuhraya di seluruh Negara yang berjumlah RM23.65 bilion. Berikut adalah fakta yang dipetik dari akhbar berkenaan (Utusan Malaysia, 22/03/2007).

Lebuhraya
Jumlah kutipan
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
RM 15.91 bilion
Jambatan Pulau Pinang
RM 1.7 bilion
Lebuhraya Utara-Selatan-Hbgn Tengah (Elite)
RM 1.05 bilion
Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
RM 990 juta
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
RM 970 juta
Lebuhraya KL-Karak
RM 780 juta

Perbelanjaan (semua lebuhraya)

Setahun
RM 492 juta
Sebulan
RM 41 juta

Kadar perbelanjaan dan keuntungan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

Tarikh mula konsesi
1988
Kos pembinaan
RM 5.94 bilion
Jumlah kutipan (setahun)
RM 15.91 bilion
Kos penyelenggaraan (sebulan)
RM 27.83 juta
Kos penyelenggaraaan (setahun)
RM 330 juta
Anggaran pengguna lebuhraya (2004 – 2038)
21.5 juta
Anggaran kutipan sehingga 2038
RM 210 bilion

Kita dimaklumkan syarikat konsesi menyumbang kepada kerajaan dalam bentuk cukai korporat sebanyak 27 peratus iaitu setiap RM100 keuntungan, RM27 disalurkan kepada kerajaan. Bermakna untuk 27 peratus daripada RM15.91 bilion keuntungan, kerajaan memperoleh sekitar RM4.2 bilion setahun.

Manakala kita masih ingat lagi semasa kenaikan tol dinaikkan pada 15hb Disember 2006, Datuk Seri S Samy Vellu memaklumkan “Mengikut perjanjian, sepatutnya tol di LDP dikenakan pada kadar RM2.10 namun keputusan kerajaan hanya membenarkan RM1.60 dan ini bermakna kerajaan terpaksa menanggung sebanyak 50 sen,” (Utusan Malaysia, 15/12/2006).

Beliau juga dipetik sebagai berkata, kenaikan itu perlu kerana ia telah termaktub dalam perjanjian konsesi masing-masing dan mesti dilaksanakan bagi mengelakkan pembayaran pampasan yang tinggi.

Ini bermakna untuk 50 sen itu, pada tahun ini, kerajaan harus membayar sebanyak RM75 juta setahun untuk tempoh 2 tahun dengan satu tahun tambahan konsesi. Jika ditolak perolehan kerajaan dengan bayaran pampasan ini, kerajaan masih memperoleh sekitar RM4 bilion lagi!
Ringkasnya begini:

Cukai korporat kepada kerajaan (setahun)
RM4.2 bilion
Bayaran pampasan daripada kerajaan (setahun)
RM 75 juta
Jumlah Lebihan
RM 4.1 bilion

Adakah ini bermakna apa-apa pada anda?

Mungkin ia bermakna begini:

1. Kerajaan tidak bijak dalam membuat kira-kira sehingga menyebabkan kontrak konsesi tol sangat merugikan rakyat.
2. Perjanjian konsesi tol sangat berat sebelah dan merugikan Negara dan rakyat.
3. Anda membayar lebih dengan sangkaan kerajaan sedang mengalami kerugian?
4. Anda membayar lebih dengan sangkaan membantu kerajaan yang sebenarnya tidak membantu anda?

Melihatkan angka-angka diatas, ternyata rakyat terbanyak sangat dizalimi oleh kerajaan. Tanpa mengambil kira kesusahan rakyat demi mengaut keuntungan, rakyat terus ditekan dengan alasan “tol di Negara ini masih murah berbanding Negara lain.” Tidak mahu langsung melaksanakan tanggungjawab social yang sememangnya dipertanggungjawabkan kepada kerajaan yang dipilih melalui demokrasi.

Saya kira rakyat khususnya di negeri-negeri bertol, harus terus diberikan maklumat ini supaya mereka terus celik bahawa mereka sebenarnya telah bertahun-tahun lamanya telah ditipu oleh pemimpin yang mereka percayai. Dan mungkin anda mahu melihat fakta dibawah direalisasikan;

No comments: