Friday, February 10, 2006

Himpunan Umat Islam 10-2-2006

Mata saya hari ini hanya mampu menatap lama keyboard HP ini. Lama sudah tidak menulis, dan lama juga saya tidak menatap isu semasa sekaligus memikirkan persoalan 4W +1H. Hari ini alhamdulillah ada sedikit masa yang bersisa untuk saya coretkan sesuatu bagi tatapan pembaca semua.

Umum sudah mengetahui bagaimana biadapnya sekumpulan manusia di Denmark. Sudahlah mengadakan pertandingan karikatur Nabi s.a.w, malah dengan bangganya menyiarkan pula karikatur yang sebanyak 9 itu di akhbar mereka. Umat Islam di seluruh dunia sehingga ke hari ini masih lagi membantah perbuatan terkutuk tersebut meskipun Denmark telahpun membuat permohonan maaf secara rasmi terhadap seluruh umat Islam. Bantahan umat Islam pelbagai, daripada yang secara aman sehinggalah kepada perbuatan membakar bangunan kedutaan Denmark, semuanya secara spontan menunjukkan reaksi jelas yang maruah Nabi s.a.w jangan diperkotak-katikkan.

Dalam suasana yang hingar itu pun, masih ada lagi negara yang mengulang tayang gambar karikatur berkenaan, termasuklah Norway dan Malaysia! Malaysia melalui Sarawak Tribune yang telah digantung lesen penerbitannya semalam.

Jika tindakan pertama penyiarannya oleh Denmark, mungkin kita masih boleh menganggap perbuatan itu tidak disengajakan, namun apabila ada pihak yang mengulang tayang ditengah-tengah amukan umat Islam seolah-olah tidak mengerti perbuatan itu mengundang kemarahan, ini sesuatu yang tidak boleh diterima. PM sepatutnya membatalkan sahaja lesen penerbitan Sarawak Tribune, kerana dengan jelas niatnya mengulang tayang karikatur terrsebut sangat sangsi. Mereka sebenarnya telah dengan sengaja mengulang tayangnya dengan niat menghina junjungan besar S.A.W! Tindakan seharusnya bukan setakat digantung sahaja.

Meneladani isu hangat ini, saya teringat kepada seorang bekas pemimpin negara yang selalu lepas mulut. Perkataan-perkataan yang diungkapkan oleh kata-kata oleh sebilangan mereka itu boleh juga ditafsirkan sebagai satu penghinaan kepada Rasulullah s.a.w termasuk perundangan hudud yang sedang disaman oleh seorang yang sangat berani mencabar kuasa Tuhan! Mungkin Hisyamuddin patut lebih berdegar-degar dalam hal ini memandangkan beliau cukup terkehadapan dalam isu karikatur Nabi ini akhir-akhir ini.

Oh ya, mari sama-sama kita ke Masjid Kg Baru untuk menyertai demonstrasi Aman selepas solat Jumaat ini. Perarakan ini akan diketuai oleh Tuan Guru Hadi Awang sendiri. Ayuh kita pertahankan maruah Nabi!

Wahai Rasulullah, kamilah Ikhwan mu dan kami tentu akan mempertahankanmu dan ajaran yang kau bawakan!

Oleh: Hannah (LPHEL)

No comments: