Thursday, December 21, 2006
Salam, Saya sebenarnya hilang kata-kata apabila berpeluang menonton TV. Mentor lawan bintang cari bintang - itulah tajuk program yang akan disiarkan oleh TV 3 pd 24/12 ni. Sementara sebhg ibu bapa, adik beradik, sdra mara dan kenalan kita bermandi keringat mencari keredhaan Allah di Kota suci Mekah dan Madinah, kita di Mlaysia dihidangkan dengan iklan program yang di ulang beribu2 kali waktu prime atau bukan waktu prime untuk menyaksikan satu rancangan yang saya kategorikan sangat merosakkan malah lucah.
Cara mereka yang di panggil protege menghayun tubuh badan dan menggayakan tarian yang menggiorkan sambil menyanyi dgn penuh perasaan begitu menjolok mata dan mengaibkan. Adakah diantara kita kumpulan ALKIS yang membaca tulisan saya ini yang berbeza pendapat dgn saya tentang kelucahan dan melampaunya iklan program yang tersebut. belum lagi tengok program tersebut yang saya tidak akan tengok kerana tidak mahu di hisab oleh Allah melakukan kerja sia2.
Saya seolah2 'helpless' dan useless kerana tidak mampu menghalang program2 seperti ini terus merosakan dan mencemarkan mata, telinga dan minda terutama golongan muda. Dimanakah tanggung jawab sosial pengendali2 media letronik kita. Kalu yang beragama Islam pula tidakkah mereka takut menghidangkan 'dosa jariah' yang akan dibawa berterusan hingga akhir zaman. sape yang hendak menanggung dosa ini, sape pula yang hendak bertanggung jawab atas kebejatan akhlak dan moral generasi yang ada .
Kita sebagai ibu-bapa sudah tidak menang tangan menangani serangan2 hebat bukan dari luar rumah tetapi dalam rumah kita sendiri. Pagi ni kita menanamkan nilai mulia, malam karang musnah bila anak2 kita mencerap dalam mindanya kebobrokan dalam media yang terhidang depan mata. tidak termampu kita menutup mata dan telinga anak2 kita yang sedang meningkat remaja dan remaja. yang kecil2 mungkin boleh kita atur2, tetapi yang sudah besar dan pandai berusaha sendiri , sudah tidak terhalang lagi. bagaimana pula anak-anak kita yang lain? anak buah, anak jiran anak rakan pejabat kita yang juga ternganga depan TV.
Sebenarnya baaanyak lagi program2 seperti ini, ada yang kita perasan ada yang tidak, bukan kita nak duduk depan TV dan buka semua saluran. Tanggungb jawab siapakah memastikan media tidak menjadi media yang rosak dan merosakkan, media yang sesat dan menyesatkan. tanggung jawab guru?, ibu bapa? ahli masyarakat? penguasa? atau pemimpin yang memerintah atau rakyat yang memilih, menyokong, mengampu malah memuja pemimpin dan pemerintah yang ada? Ya Allah.. ampun kan dosa kami, kami sangat lemah Ya Allah. La haula wala quwatailla billa hil 'aliyil 'adzim.
Dr Lo'lo' HMG 0192100066
Saya merujuk kepada berita malaysiakini Kadar tol naik 20 hingga 60 peratus! Malaysia akan membayar kadar tol yang lebih tinggi menjelang 1 Jan ini sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kerjaraya S Samy Vellu. Samy boleh menyindir rakyat Malaysia yang lembek dengan katanya ‘siapa yang mahu menggunakan lebuhraya mestilah bersedia untuk membayar tol’. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang paling baik di dunia.
Sepatutnya kerajaan BN menaikkan kadar tol sehingga 300% sebagai hadiah paling bermakna kepada rakyat yang baik ini. Percayalah wahai kerajaan BN bahawa rakyat sanggup membayar tol walaupun kadarnya dinaikkan sehingga tahap itu. Di samping kenaikkan kadar tol, kerajaan BN juga harus mengkaji semula harga bahan api di Malaysia kerana walaupun telah dinaikkan sebanyak 30 sen, ianya masih murah berbanding negara lain.
Saya syorkan walaupun harga bahan api dalam pasaran dunia sekarang menurun, kerajaan BN haruslah menaikkan harganya ke tahap RM2.50 seliter bagi menambahkan lagi kantung kewangan negara untuk diagihkan kepada pemimpin BN. Rakyat yang tinggi mentaliti feudalistiknya akan setia membayar harga bahan api petrol walaupun pada kadar RM2.50 seliter. Saya sudah bosan dengan sikap rakyat Malaysia. Justeru, saya berharap agar kerajaan BN dapat menunaikan cadangan saya menjelang tahun baru ini demi kebaikan pemimpin BN. Cemerlang, gemilang, terbilang, temberang!
Toll hike: Samy, answer these questions
What is the annual collection from road taxes by the government? What is our annual collection from the duties on imported vehicles? What is our annual collection from excise duties on all vehicles? On Samy: If you want it, pay for it Joey Chan: Samy Vellu, all I need you to do is to answer the following questions:
1. What is the annual collection from road taxes by the government? What is our annual collection from the duties on imported vehicles? What is our annual collection from excise duties on all vehicles? Then compare these with the annual road subsidies and maintenance of public roads.
2. In order to compare apples with apples, tell us what percentage of public roads in emerging markets (Thailand, Indonesia,Philippines, India and China) are toll roads. Then give us a comparison of the toll rates in such countries on a per km basis.
3. You say that the government cannot afford to continue to subsidise the tolls. Then why did your boss announce an extra RM600 million for Umno constituencies (to be used up in three months!), the RM400 million Istana project, the RM220 million Agricultural Expo project, the RM3 billion Penang bridge project? These projects can either be delayed or downsized and the surplus funds be used to lessen the burden on the public. What is the reason for not doing it? When you answer these questions, please look at us in the eye because we are not as dumb as the journalists you faced earlier this week.
Sharon: I'm deeply affected by the toll hike. I'm staying at Lagoon Perdana and I use the toll everyday to send my son to his babysitter. I pay RM3.20 for the toll everyday. Fuel prices have increase, and so are food prices but our salary remains the same. The kindergarden itself is so expensive. Because of this, I'm scared to have another child (currently I have only one child). I hope all the society groups can fight this toll rise. I can’t take it anymore. My stomach is burning with fire when I think about how to survive and pay for this and that.
Dhammika: The government should immediately and completely remove the toll subsidy. It hurts more to stagger the increases. ‘Semi Value’ should stop comparing rates from other countries. This comparison cannot hold water. The country’s GDP must be taken into comparison as well as the respective strength of the various currencies. Why must the ministers call a meeting with the editors to gag them from expressing the people’s views. Be more transparent and accountable in the administration of the rakyat’s money. Confiscate the assets and money of the corrupt few to pay for the toll. I hope the ACA will investigate the US$100 million commission paid for the purchase of submarines. Well, the list can go on...
Meng: Don’t complaint, just remember all this gross injustices and remember all the excesses, and the rich MPs and town councilors who squander and rob the people. When the BN government comes with all their sweeteners prior to elections and promises of projects, remember the racial remarks, remember the petrol hike, remember the toll hikes and most of all, remember the arrogant MP who says “if you want it, pay for it.” Who robbed the poor in Malaysia? Look at the auditor-general’s report where money supposed to be used for state development and the poor were channeled to office repairs, camera equipment etc.
All this revelation has gone unchecked, and the ACA says it is hard to prosecute without evidence. The ACA should interview the auditor-general to find out about their claims. The rakyat has one tool of evaluation and that is the ballot boxes. On Authorities 'contribute to religious tensions' Kaisim: With the Keadilan advisor`s commitment to politics come 2008, Malaysians are beginning to see the light at the end of the tunnel.
The BN has outlived its effectiveness and usefulness in modern. So I will join other Malaysians to support an effective, fair and progressive alternative to BN. After almost 50 years we are still ultra-sensitive about race, quotas and religion, while our economy is moving downhill. Parents have no confidence in the national schools because they function like religious schools. The country’s top university is downgraded from bad to worst. The graduates from local universities cannot find jobs. The non-bumis are being marginalised in the schools, public sectors and the uniform sectors and even the estates. Do the politicians and government care about these issues? Let see some changes for the better come the 2008 general election.
Saturday, December 16, 2006
Kenaikan Tol: Rakyat digesa berani bersuara |
Sumber: Harakahdaily | |
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Hrkh) - Rakyat digesa supaya berani bersuara dan terus membantah di atas atas kenaikan kadar tol dan pelbagai kenaikan barangan serta bahan bakar supaya tidak diperbodohkan dan permainkan oleh kerajaan lagi di masa akan datang.
Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli berkata tindakan kenaikan kadar tol tersebut sangat mengejutkan kerana sebelum ini kerajaan telah berjanji tidak akan membebankan lagi rakyat semenjak kenaikan harga bahan bakar dan menunjukkan bahawa tempoh 'pantang' tersebut telah berakhir apabila sekali lagi kerajaan menginkarinya apabila memasuki tahun baru. "Ternyata dahulu, janji-janji kerajaan hanya kosong dan omongan semata-mata. Itu semua ingin mengabui mata rakyat selama ini. "Setelah rakyat reda dan mendiamkan diri akibat kenaikan bahan bakar, kerajaan kini menaikkan pula kadar tol," katanya. Sikap rakyat katanya, yang tidak berupaya dan mampu membantah secara berterusan serta tidak bersungguh dalam menyuarakan rintihan himpitan hidup, mengakibatkan kerajaan mengambil peluang dan kesempatan untuk 'menindas' rakyat dengan pelbagai alasan ekonomi dan keperluan. "Tunjukkan kuasa dan hak membantah jika tidak mahu dipermainkan oleh kerajaan," katanya. Selain itu katanya keperluan menaikkan kadar tol ini amatlah disangsikan kerana sehingga kini kerajaan masih tidak mendedahkan perjanjian konsesi syarikat dengan kerajaan. "Perjanjian ini masih menjadi rahsia lagi. Ianya perlu didedahkan supaya rakyat semua tahu sama ada kenaikan kadar ini perlu ataupun tidak," katanya. "Nampaknya kerajaan lebih mengutamakan syarikat konsesi berbanding dengan beban rakyat yang ditanggung," katanya. Dalam hal yang berkaitan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid turut kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak mencari jalan alternatif bagi meringankan beban pengguna jalan raya dan rakyat keseluruhannya. "Kerajaan sering menggunakan alasan dan 'lagu' yang sama seperti kerajaan terpaksa menampung pampasan sedangkan butiran perjanjian tidak pernah didedahkan. "Sedangkan rakyat semakin tersepit dan terhimpit bertalu-talu berikutan kenaikan kos yang tak henti-henti semenjak 2005 lagi, dan kini ditambah lagi," katanya lagi. Rakyat katanya dari sudut politik perlu menyatakan bantahan yang berterusan kepada wakil-wakil rakyat di kawasan mereka dan perlu memikirkan untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak dalam menyatakan ketidak-puasan hati terhadap tindakan kerajaan. Ini termasuk katanya kakitangan awam dan swasta supaya sentiasa dan berani menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang menghimpit dan menindas supaya di kemudian hari kerajaan perlu berhati-hati dengan apa jua tindakan yang menyusahkan rakyat. "Mulai sekarang, rakyat perlu 'alert' dan jangan naif. Mesti kritikal jika tidak mahu diperkotak-katikkan oleh kerajaan," katanya. Berkuat kuasa 1 Januari 2008, kadar tol di lima lebuh raya di sekitar Lembah Klang akan dinaikkan antara 20 peratus hingga 60 peratus atau 30 sen hingga RM1. Antara lebuh raya yang terlibat ialah Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Koridor Guthrie. Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu dipetik sebagai berkata kenaikan kadar tol tersebut telah termaktub dalam perjanjian konsesi masing-masing. Satu kajian katanya telah diadakan sejak Januari 2005 dan didapati kenaikan tol bagi kelima-lima lebuh raya itu mesti dilaksanakan bagi mengelakkan pembayaran pampasan yang tinggi. “Mengikut perjanjian, sepatutnya tol di LDP dikenakan pada kadar RM2.10 namun keputusan kerajaan hanya membenarkan RM1.60 dan ini bermakna kerajaan terpaksa menanggung sebanyak 50 sen. “Untuk 50 sen itu, pada tahun depan, kerajaan harus membayar sebanyak RM75 juta dan begitu juga tahun seterusnya. Ini bermakna sebanyak RM150 juta harus dibayar dalam masa dua tahun ini dengan satu tahun tambahan konsesi,” katanya. Berikutan kenaikan tersebut, LDP mengalami kenaikan sebanyak 60 peratus , Lebuh Raya Shah Alam (47 peratus), Lebuh Raya Cheras (43 peratus hingga 50 peratus), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (20 peratus hingga 25 peratus) dan Lebuh Raya Koridor Guthrie (40 peratus). - mks. |
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat meminta wanita bukan Islam menghormati budaya dan adat resam orang Kelantan dengan berpakaian sopan sesuai dengan masyarakat setempat.
Menteri Besar berkata, peraturan menutup aurat hanya melibatkan wanita Islam sahaja dan tidak melibatkan wanita bukan Islam.
Ini kerana katanya, majoriti rakyat Kelantan adalah orang-orang beragama Islam dan tidak suka memakai pakaian yang menjolok mata, yang jelas bertentangan dengan nilai agama dan budaya.
Mengulas mengenai bantahan daripada segelintir wanita, beliau berkata peraturan menutup aurat bagi wanita Islam merupakan suruhan agama maka amat tidak wajar jika wanita Melayu Islam sendiri membantah.
“Menjadi tanggungjawab bagi sebuah kerajaan Islam untuk memastikan setiap peraturan dan undamg-undang Islam terlaksana termasuk dalam soal peraturan menutup aurat bagi wanita Islam,” ujar beliau.
“Dalam kawasan rumah mereka bebas untuk berpakaian, tapi bila keluar rumah dan terbabit dengan orang ramai, perlu ada peraturan tertentu termasuk soal cara berpakaian,” jelasnya kepada wartawan selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini kelmarin
“Lebih-lebih masalah rogol dan keruntuhan akhlak semakin banyak dan berkembang, bukannya semakin berkurang. Kerana itu Islam awal-awal lagi menetapkan peraturan berpakaian yang kita panggil menutup aurat sebagai langkah mencegah perkara tidak bermoral dalam masyarakat”.
“Peraturan ini peraturan Islam dan perintah Allah, bukannya peraturan yang dibuat PAS sepatutnya mendapat sokongan bukan bantahan,” ujarnya kesal.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Haji Takiyuddin Hassan berkata, berkaitan peraturan berpakaian menutup aurat bagi wanita Islam ia bukan perkara baru kerana telah dikuatkuasakan sejak tahun 1989 lagi. Menurut Takiyuddin, kenyataan atau dakwaan yang mengatakan berpakaian seksi akan didenda RM500 itu tidak benar. Kerana RM500 itu kadar maksimum, bukan denda mandatori.
“Kompaun atau denda itu bergantung kepada keadaan seseorang ia bukan mandatori, malah tidak ada lagi setakat ini yang didenda sehingga RM500,” katanya.
“Bagi kaum bukan Islam kerajaan negeri tidak berhasrat menguatkuasakan peraturan kerana kita lebih kepada pendekatan mendidik dan meminta kerjasama mereka untuk menghormati sensitiviti masyarakat.”
Katanya setakat ini tidak ada wanita bukan Islam yang dikenakan tindakan kompaun.
(China Mendahului Kelantan)
China bans 'sexy' female attire (Tahun 2004)
Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.
Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report. They should "dress in a serious, proper, simple and natural way". The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service. The clothes must not be "avant-garde and ostentatious" , the regulations announced by the
provincial archives bureau say. Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments" . Elegant' The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions. "They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said. "When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said. "When they are dealing with people outside the office, they must be mindful of the government's image and their personal images."
Wu Ling, director of the women's commission of the bureau, said her office formulated the rules because more than 70 workers in the bureau's 90-strong office were women. "The reason why we see dressing as a priority is because it is the first impression that people get from the female civil servants," she said.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecil menegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerja di premis perniagaan di kawasan tadbirannya.
Tindakan MPKB mengenakan denda RM500 terhadap wanita yang berpakaian sedemikian, menurut beliau, memang satu tindakan tepat kerana mereka sepatutnya menghormati budaya dan nilai keagamaan yang diamalkan di Kelantan.
"Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?
"Kedudukan moralnya juga nipis. Mengapakah orang menyimpan wang mereka di dalam dompet? Kerana wang adalah sesuatu yang bernilai tinggi, seperti juga maruah wanita. Jadi seseorang wanita sepatutnya berpakaian sopan untuk menjaga maruahnya," kata Nik Aziz.
Menurut laporan mSTAR online, beliau berkata, telah menjadi norma dan sifat semula jadi lelaki akan mudah tergoda apabila melihat wanita berpakaian seksi dan menjolok mata.
"Ini sebenarnya bukan satu undang-undang yang khusus bagi MPKB sahaja. Ia adalah peraturan bertepatan dengan Islam jadi ia tidak patut diperkecil dan dipersoalkan," tegasnya lagi.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis rasmi di Grand Riverview Hotel di sini, Nik Aziz berkata, wanita bebas berpakaian sesuka hati mereka ketika berada di rumah sendiri, tetapi perlu menepati tuntutan Islam agar berpakaian sopan di khalayak ramai.
Katanya, sudah sampai masanya bagi MPKB menguatkuasakan peraturan itu kerana setelah sekian lama menjalankan kempen dan program bagi menyedarkan wanita mengenai perkara itu, masih ramai yang terus berdegil.
Pakaian yang disifatkan tidak sopan dan bertentangan dengan undang-undang kecil MPKB itu termasuk blaus dan seluar ketat, skirt singkat, balus dan baju-T yang menampakkan pusat, seluar jeans yang mendedahkan bahagian atas punggung.
Bagi wanita Islam pula, pakaian mestilah yang menutup aurat dan labuh hingga menutup buku lali dan bertudung.
Selain mendenda wanita yang berpakaian tidak sopan, MPKB juga mengumumkan bahawa majikan mereka juga boleh dikenakan tindakan kerana membenarkan pekerja mereka melanggar kod etika berpakaian, termasuk menarik balik permit perniagaan bagi mereka yang degil.
Monday, December 11, 2006
Subhanallah,
Hasil undian sms NTV7 dalam berita malam ni tadi
6/12/06, didapati menyokong kenyataan YAB TGNA :
"Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru
(MPKB) menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecil
menegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerja
di premis perniagaan di kawasan tadbirannya."
"Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh
sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi
bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?"
sms tersebut berbunyi lebih kurang seperti berikut
WANITA YANG BERPAKAIAN SEKSI KURANG DIHORMATI.
85% Menyatakan YA dan hanya 15% menyatakan TIDAK
"The latest dress code ruling in Kelantan is
disrespectful and undermines women's capabilities.
Women, Family and Community Development Minister Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the
no sexy clothes ruling in Kelantan."
Bagaimana pandangan seorang Menteri wanita MUSLIM yang
menjaga sebuah kementerian yang berkaitan dengan
wanita, keluarga dan pembangunan komuniti boleh jauh
tersasar dari pandangan dan pendapat MASSA.
Rakyat sepatutnya boleh menilai kualiti dan kewibawaan
menteri2 kabinet yang ada.
Saya masih belum jumpa potongan akhbar UM / BH untuk
dikongsikan disini, yang memberitakan seorang lelaki
ditangkap kerana bersikap tidak senonoh dengan membuka
zip seluarnya dan menunjukkan alat sulitnya. Menurut
lelaki yang sudah pasti 'mempunyai penyakit dalam
hati', dia tidak boleh tahan melihat wanita2 yang
berpakaian seksi seperti mangsanya pada hari tersebut.
Pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut juga
turut menasihatkan agar wanita2 tidak berpakaian seksi
kerana ini boleh menimbulkan keadaan tidak sihat
seperti yang berlaku pada hari tersebut.
Saya juga pernah menyimpan satu tulisan hasil kajian
seorang profesor dari sebuah Universiti sebuah negara
barat ( maaf, saya tidak dapat menyatakan dengan tepat
kerana artikel tersebut telah terpadam dari PC saya
sejak beberapa tahun lepas ). Kajian itu melibatkan
beberapa ribu responden yang ditemu-ramah untuk
memberi komen tentang 2 keping gambar wanita. Sekeping
adalah gambar wanita yang berpakaian sopan dan
sekeping lagi gambar wanita yang berpakaian seksi.
Hasil kajian membuktikan wanita yang berpakaian seksi
lebih terdedah kepada serangan seksual dan dikatakan
kurang bermaruah berbanding dengan wanita yang
berpakaian sopan. Nah.. itu kajian disebuah negara
Barat.
Ini sangat berpadanan dengan hasil undian sms NTV7.
Saya sangat berharap agar hasil undian dan kajian ini
dapat membantu DSSJ dan pihak2 lain yang membantah
(MPKB) menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecil
menegah wanita berpakaian tidak sopan menimbang semula
kenyataan mereka dan memberi peluang dan kebebasan
kepada MPKB melaksanakan apa yang menjadi tanggung
jawab mereka.
Ingatlah DSSJ, mencegah lebih baik dari merawat.
Ingatlah menjadi kewajipan seorang Muslim mencegah
kemungkaran sebagaimana Hadis Nabi SAW yang bermaksud
" Barang siapa diantara kamu melihat kemungkaran,
hendaklah mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu
dengan lidahnya, jika tidak mampu dengan membenci
didalam hati. Yang demikian itu adalah selemah-lemah
iman.". Kalau sudah benci pun tidak malah bantah pihak
yang menggunakan 'tangan' atau kuasa untuk mahu
menegakkan syariat Allah, dimana hendak dikategorikan
diri kita.
Haruslah dimaklumi beberapa fakta iaitu wanita-wanita
bukan Islam tidak dipaksa bertudung cuma diminta
berpakaian sopan. Bagi wanita Islam masyarakat KB
mereka telah pun diberi penerangan dan ilmu tentang
kewajipan menurut aurat sejak 3 penggal kerajaan PAS
memerintah. Tambahan pula undang-undang kecil tersebut
memang sudah sedia ada cuma sebelum ini tidak
dikuatkuasakan untuk memberi peluang rakyat memahami
polisi dan hasrat kerajaan negeri.
Firman Allah yang bermaksud " Wahai Nabi, suruhlah
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan
pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)maka
dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah
Al-Ahzab:59]
Dr Lo'lo' bt Hj Mohamad Ghazali
docpearl@hotmail.com
docpearl.blogspot.com
Friday, November 17, 2006
Pusat Perubatan Kohilal akan mengadakan Program SUNATHON yg bermaksud sunat beramai-ramai untuk kanak-kanak lelaki pada cuti sekolah tidak lama lagi iaitu pada 18 Nov 2006 bersamaan 26 Syawal 1427. Program tersebut akan bermula dari 8 pagi hingga 4 ptg. Pendaftaran bermula dari 7.30 pg hingga 3 ptg. Istimewanya program kali ini ialah kerana PPK akan memperkenalkan SUNATHRONE iaitu bersunat mengikut kaedah terkini yang di asaskan oleh Dr Mohd Tasron Surat seorang anak tempatan yang mempunyai wawasan yang tinggi.
Keistimewaan Sunathrone ini adalah kerana proses penyembuhan lebih cepat dan lebih ringkas. Peralatan berkhatan pakai buang yang digunakan akan tertanggal sendiri dengan ini tidak memerlukan lawatan susulan selepas bersunat. Malah kanak-kanak yang baru disunatkan itu boleh terus memakai seluar atau bermain dan bergerak cergas tanpa rasa sakit. Caj yang dikenakan untuk prosedur ini adalah sebanyak RM 150 seorang. Untuk mereka yang memilih prosedur bersunat biasa atau cara tradisional, caj yang sama seperti tahun lepas akan dikenakan iaitu sebanyak RM 120 seorang bagi kanak-kanak antara 6 hingga 11 tahun. Bagi yang berumur 11 tahun ke atas caj nya RM 140. Sekiranya daftar secara berkumpulan iaitu 2 orang atau lebih maka caj yang dikenakan adalah sebanyak RM 110 seorang. Prosedur sunat akan dijalankan oleh doktor-doktor yang berpengalaman.
Tempahan untuk bersunat juga diterima untuk tarikh-tarikh tertentu yang lain tetapi caj yang akan dikenakan adalah sebanyak RM 130 seorang (umur 6-11 tahun) RM 150 (berumur 12 tahun ke atas). Caj bersunat untuk lelaki dewasa adalah berbeza dan akan ditentukan oleh doktor yang akan menjalankan prosedur tersebut. Sila hubungi kaunter klinik untuk tempahan : 03 41068466/7/8 atau anda boleh tempah melalui SMS ke talipon bimbit Pn Aida 0126982025 dan Effa 0162650423. Sila nyatakan nama anak yang akan bersunat, nama penjaga, alamat dan nombor-nombor perhubungan (talipon rumah, pejabat & Bimbit) juga masa yang dipilih. Caj tempahan atau deposit sebanyak 50% perlu dibayar sebagai tanda jadi paling lewat pada 14 Nov 2006 iaitu 3 hari sebelum tarikh program.
Pengarah Eksekutif PPK
Dr Lo’lo’ bt Hj Mohd Ghazali
Thursday, October 19, 2006
Oleh: Hannah LPHEL
Barangkali ketika ini hati yang paling gembira tentulah para isteri dan anak-anak serta kaum keluarga mangsa ISA yang baru dibebaskan semalam. Seluruh umat yang mendoakan turut sama merasa syukur dan gembira buat mangsa dan keluarga. Kezaliman terhadap mereka selama hampir 5 tahun berakhir sudah, meskipun selepas dibebaskan mereka tetap perlu melaporkan diri di balai polis setiap minggu.
Di antara mangsa yang dibebaskan itu termasuklah anakanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Ternyata, kesabaran beliau tanpa perlu mengorbankan prinsip perjuangan dan agama dibalas dengan pembebasan ini, dan ia berlaku pada bulan yang mulia Ramadhan. Nik Adli tiba di perkarangan rumahnya sejam sebelum berbuka. Alhamdulillah tentu semalam hari paling indah buat beliau dan keluarga.
Kita diberitahu bahawa Perdana Menteri adalah orang yang bertanggungjawab menandatangani surat pembebasan tahanan tersebut. Di sini membuatkan rasa keliru yang amat. Perlukah berterima kasih atas pembebasan? Jika perlu mengapa?
Sehingga saat ini tiada pendakwaan pernah dibuat ke atas Nik Adli dan rakan-rakan. Bawa ke mahkamah pun tidak pernah. Apa yang pernah berlaku adalah penambahan demi penambahan masa tahanan sehingga 5 tahun akhirnya! Apakah ini adil? Menahan seseorang tanpa bicara dan sehingga akhir pun tiada apa-apa!
Mungkin bagi PM ini perkara kecil baginya. Tapi kezaliman yang beliau lakukan tentu akan terpahat di sanubari mangsa dan keluarga, juga seluruh umat yang menyaksikan sandiwara ini. 5 tahun tanpa ayah, 5 tahun tanpa suami, pernahkah sesiapa fikirkan penderitaan mereka. Malahan media memencilkan isu ini kerana lebih mengagungkan kehidupan para artis.
Namun selagi adanya ISA di dalam kanun negara, selagi itu perjuangan menuntut pemansuhannya tidak akan berakhir.
Thursday, October 12, 2006
Dari Harakah: Anggaplah Ramadan ini yang terakhir untuk lakukan ibadat, kata Dr Lo' Lo' | |
Wednesday, October 04, 2006
Iftar Raayat bukti kesungguhan Muslimat mendekati rakyat
Dengan kerjasama pelbagai pihak, DMPP akan mengadakan majlis perdana Iftar Raayat pada 14hb Oktober 2006 bermula jam 2 petang hingga 12 tghmalam. Majlis itu akan diadakan di kawasan penempatan setinggan dalam daerah Ampang.
Menurut Timbalan ketua DMPP yang juga merupakan Pengarah Program, Dr Lo'Lo Hj Ghazali, program itu adalah salah satu lagi bukti kesungguhan Muslimat mendekati rakyat terutama di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. "Ia juga sekaligus diharap dapat mengeratkan silaturrahim kerana umpamanya kita berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan ini," jelas beliau.
Sehubungan dengan itu, semua pihak samada jauh mahupun dekat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Antara program menarik yang diatur ialah penyampaian cenderahati, majlis berbuka puasa beramai-ramai (iftar), solat berjamaah terawih, sesi tazkirah dan jamuan morey di akhir program. Sumbangan pelbagai golongan juga sangat dialu-alukan.
Wednesday, August 23, 2006
Oleh: Hannah LPHEL DMPP
Tatkala saya mengetuk “keyboard” laptop ini, seluruh warga Malaysia tentu sudah sunyi dengan gegak gempita Festival Filem Malaysia dek kerana seorang artis wanita yang dikatakan cukup biadap. Bagi saya, dia memang biadap dan perlu diajar.
Pelbagai pihak telah melontarkan pandangan, namun dikalangan karyawan seni sendiri telah terbahagi dua. Ini dapat dilihat dalam reaksi pelbagai yang dapat diteliti daripada penulisan di dalam Pancaindera mahupun Bintang Pop (keluaran setiap hari Ahad). Namun penulisan saya kali ini ingin membawa pembaca ke sudut yang reality hari ini.
Memang jika diteliti semua filem-filem dan drama-drama tempatan, tiada suatu pun yang boleh dibanggakan oleh akhlak Islam mahupun kesantunan budaya tempatan. Kecuali satu dua filem atau drama seperti Cinta Madinah dan lain-lain yang tayangannya Cuma terhad pada musim-musim perayaan agama Islam. Itulah martabat yang diletakkan kepada filem/drama sebegitu. Seolah-olah penonjolan akhlak mulia hanyalah perlu pada musim-musim perayaan.
Namun, saya ingin menonjolkan di sini ialah cubaan menyebarkan pemikiran liberalisme yang sedang diperjuangkan oleh sesetengah pihak di negara ini. Sesetengah pihak ini barangkali sebilangan kecil, tetapi memandangkan mereka ini menguasai sebilangan lagi orang-orang penting negara maka dengan mudahnya pemikiran sebegitu dapat disebarluaskan dengan pelbagai kaedah. Media massa tidak terkecuali.
Gerakan liberalisme telah pun menampakkan ia telah mendominasi media massa tanahair. Tidak cukup dengan penulis santai di dalam akhbar-akhbar perdana, ia turut sama diberi ruang bernafas dan memperkembangkan agendanya di filem-filem mahupun drama-drama tv. Peliknya bagaimana seorang menteri boleh melenting dengan ucapan seorang artis sedangkan hakikatnya kementeriannyalah yang telah melulus tayang filem-filem sebegitu? Ironi sekali.
Sepet dan Gubra hanyalah di antara contoh. Ia bagaimanapun berjaya ditabalkan sebagai filem terbaik sedangkan unsur-unsur yang cuba diselinap masuk tidak dapat dibaca dengan mata kasar. Sangka saya agenda sebegitu belum ada di dalam drama tempatan, namun ternyata meleset sama sekali.
Pernahkah anda cuba menonton drama “First Moms” di TV3? Jika belum, cuba-cubalah untuk menontonnya kerana anda pasti akan terkejut dengan bahan yang cuba dihidangkan. Drama itu berkisar tentang 4 orang wanita (semuanya bukan Melayu / Islam) yang 3 orang daripadanya mengandung di luar nikah. Mereka pula hidup seperti tiada kasih saying; dibuang keluarga, teman lelaki enggan bertanggungjawab dan pergolakan rumahtangga.
Saya cuba menyoroti setiap daripada adegan drama ini, hendak kata ia cuba untuk memberikan tips dan panduan kepada bakal ibu, drama ini tidak berkisar sebegitu rupa. Apabila salah seorangnya ada menyebut; “Who needs man?”, maka tahulah saya makna di sebalik drama ini. Serta merta saya teringat Puan Kamar Ainiah pernah menyebut bahawa salah satu NGO negara yang sedang menuntut hak sama rata lelaki dan wanita seperti berikut:
Menuntut wanita mendapat kuasa talak sama seperti lelaki.
Menuntut wanita diberi hak berpoligami sama seperti lelaki.
Menuntut wanita Islam dibolehkan berkahwin dengan lelaki ahli kitab.
Meskipun drama itu berkisar tentang wanita bukan Islam, namun disebaliknya ia mempunyai tujuan yang bercabang. Cabangnya berselirat sehingga tidak mampu nampak dimata kasar! Drama itu juga telah memalukan bangsa-bangsa di Malaysia kerana semua bangsa telah mengharamkan illegal sex ini. Apabila ada cubaan menayangkannya di kaca masyarakat, sebenarnya ia bertujuan untuk membiasakan masyarakat menerima keadaan itu.
Bukan itu sahaja, ia juga seolah-olah tidak menghiraukan statistic terbaru yang dicetak oleh NST (20hb Ogos 2006) baru-baru ini yang mana bilangan yang hamil luar nikah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Stesen tv yang menyiarkannya pula perlu dipersoalkan kerana tiada integriti langsung dalam soal menjaga maruah bangsa. Tahu hendak untung, maruah dan ugama tergadai sama! TV3 harus menghentikan penyiaran drama itu serta-merta.
Justeru, saya melihat isu ini sebagai semakin berleluasa dan ia harus dikekang. Jika Dato’ Dr Rais Yatim sangat prihatin dengan soal budaya, maka persilakanlah mengambil tindakan terhadap filem/drama sebegini. Filem/drama yang didapati merosakkan pemikiran rakyat seharusnya tidak dinobat sebagai yang terbaik kerana ia kelak akan memberikan inspirasi bagi pengusaha filem/drama tanahair untuk membuat filem sebegitu rupa. Nak lagi, jika filem / drama sedemikian dibawa mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa, tidak rasa malukah kita sebagai masyarakat Malaysia?
Dato’ Dr Rais juga perlu menegur tatacara berpakaian sebahagian besar artis yang semakin melampau dan tiada disiplin. Jika dahulu kementerian beliau boleh bertegas dalam isu rambut panjang, maka mengapa mesti berdiam diri dalam isu pakaian yang menjolok mata? Ini juga mencemar budaya dan norma masyarakat timur.
Kesemua isu ini saling berkait. Janganlah hendak tutup satu lubang maka lubang yang sedia Nampak dibuat tak Nampak…
Thursday, August 17, 2006
PENGARAH Yasmin Ahmad yang dikatakan sudah bosan dengan kecaman terhadap Sepet dan tak mahu lagi menyertai sebarang pesta filem di negara ini telah menang lagi melalui filem Gubra di Pesta Filem Malaysia Sabtu lalu.
Kemenangan Gubra telah mengesahkan mirip pemikiran golongan dunia seni hiburan, khasnya dunia perfileman Melayu bahawa unsur-unsur kemanusiaan atau humanisme dan liberalisme mestilah mengatasi lunas-lunas Islam.
Pendek kata apa yang hendak diperjuangkan oleh Yasmin dan rakan-rakannya ialah dalam usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia, soal agama adalah soal peribadi, soal rohaniah yang tidak ada hubung kait dengan cara hidup sekarang di mana orang Islam hanya merupakan salah satu daripada kaum-kaum yang mendiami bumi Malaysia ini.
Soal ketuanan Melayu dan keagungan Islam bukan menjadi perhitungan Yasmin.Sedikit sebanyak kemenangan Gubra selarilah dengan rumusan seminar tentang hala tuju di Finas minggu lalu iaitu filem-filem Melayu sekarang mestilah memaparkan aspek-aspek kemanusiaan. Soal-soal murtad di kalangan umat Islam sekarang adalah soal remeh-temeh yang tidak ada kaitan dengan soal cinta.
Justeru dalam soal cinta, wanita Islam diajak mengikut kehendak hati sanubarinya tidak kira dengan siapa sekalipun walaupun suasana sekarang memerlukan jejaka itu kena masuk Islam.Jadi menerusi Sepet dan Gubra mengajak wanita Melayu Islam supaya (sepertinya) meneroka percintaan dengan bukan Islam kerana kalau dilihat kepada suami Orkid dalam Gubra, lelaki Melayu memang tidak guna satu sen, sentiasa bersikap curang.Apabila sudah kahwin terpulanglah kepada masing-masing memenuhi atau tidak memenuhi kehendak agama. Ini kan soal peribadi apatah lagi kehendak fardu kifayah.
Sebab itulah dalam Gubra, Yasmin memaparkan seorang bilal memegang anjing pada waktu subuh (yang pastinya dibasahi embun) dalam perjalanannya ke surau. Bilal itu dan isterinya juga bersikap liberal dalam hubungan mereka dengan jiran, dua orang pelacur wanita Melayu.Bukan sahaja tidak memberikan nasihat di segi agama, malah bilal dan isterinya juga tidak pernah menasihati mereka di segi kesihatan diri dan bahaya orang jahat yang sentiasa wujud dalam dunia pelacuran.
Akhirnya yang seorang itu dijangkiti AIDS dan seorang lagi dibunuh lelaki dadah.Dalam Gubra juga Yasmin memperjuangkan hak sama isteri Islam di mana Orkid memaki-hamun dan menyepak tendang suaminya yang didapati curang. Soalnya, Orkid terjumpa dengan suaminya dengan teman wanitanya di satu kafe sedang dia (dengan rambut mengerbang dan berpakaian seperti perempuan sundal) keluar berjalan dengan lelaki bukan Islam dan bukan mahram (abang teman lelaki Cina dalam Sepet yang mati dalam kemalangan).
Apakah hukum dalam Islam seseorang isteri itu keluar rumah tanpa izin suaminya. Tetapi ini Islam liberal yang sedang diperjuangkan oleh Yasmin dan beberapa NGO.Dalam filemnya yang akan datang Yasmin akan memaparkan kisah cinta dua orang kanak-kanak yang pasti akan menimbulkan kontroversi lagi dan inilah yang disukai oleh Yasmin.¨
C BAKI MINUDDIN,Ampang.
Monday, August 14, 2006
Sharifah Amani, Pelakon Wanita Terbaik yang masih muda remaja itu, semasa ucapannya setelah memenangi anugerah tersebut dalam siaran live Festival Filem Malaysia 19 malam tadi mengungkapkan dia akhir ucapan tersebut: "If films (lakonannya didalam Gubra yang dikritik hebat) mencemarkan budaya, lets do it more often!!!"Sekali imbas, mudah mentafsir kata kata sebegini.
Tafsiran pertama, ini Amani ingin mengisytiharkan bahawa filem seperti ini tidak ada salah dan silapnya. Adegan penuh kontroversi dan dipenuhi mesej penghinaan dan sindiran kepada Islam itu tidak ada salah dan silap pada pertimbangannya.
Mungkin padanya, plot-plot kelucahan dan penghinaan itu adalah satu kebiasaan kepada kehidupan orang sepertinya. Gubra hanya menzahirkan apa yang sememangnya menjadi rutin sebahagian ummat Melayu di negara ini.
Tafsiran kedua, dalam diri Amani, dia ingin menzahirkan kebenciannya kepada agama dan budaya yang sepatutnya menjadi pegangan hidupnya. Lantas mulutnya mengungkap kata-kata sebegitu. Frasa Lets do it more often (mari kita lakukannya dengan lebih kerap), menggambarkan cabaran Amani kepada sesiapa yang menggunakan lunas agama dan budaya untuk menilai filem yang dilakonkannya, bahawa dia tidak akan berhenti daripada melakonkan filem sebegini.
Dengan lunak wajah yang menggambarkan kebencian semasa mengucapkan frasa itu, mudah memahami apa yang terbuku di hati Amani. Mungkin jua emosi kemenangan anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM19 membuatkan dia merasakan bahawa pengiktirafan yang diberikan kepadanya itu menambah lagi kekuatannya untuk mencabar norma agama dan budaya yang sepatutnya dimiliki oleh gadis ayu yang berpakaian kemban ekslusif, yang ditutupi kain lutsinar di bahagian atas dada pada malam berprestij itu.
Tidak hairan jugalah, Amani didalam program In Person terbitan ASTRO sedikit masa dahulu, apabila ditanya oleh wartawan hiburan pada program tersebut tentang tidak teringinkah beliau untuk kembali memakai tudung (apabila ditunjukkan gambar semasa sekolah dahulu Amani pernah bertudung), Amani menjawab " Apabila saya sampai masanya nanti, saya akan bertudung. Saya belum terfikir lagi untuk memakai tudung. Tak guna bertudung kalau hati kita tidak baik".
Sungguh besar dan buruk kesannya kepada anak anak muda perempuan Islam yang mendengar jawapan seperti ini daripada Amani. Benar, Amani menjadi ikon kepada mereka kerana popularitinya di usia yang masih muda. Tentunya anak anak perempuan Islam ini, jika tidak mempunyai kefahaman Islam tentang syariat memakai tudung yang menutupi aurat mereka, akan mengikuti pandangan Amani ini.
Impaknya, tentu sahaja kita boleh mendengar dialog sebegini pula selepas ini dikalangan remaja Islam:"Biarlah dahulu, apabila sampai masanya nanti aku akan bertudung", " Hati tak baik tak guna bertudung" , "Nanti la...saya masih belum terfikir lagi untuk bertudung".
Sharifah Amani, Yasmin dan Gubra adalah sebahagian daripada manifestasi sekularisme dan gaya hidup barat yang dizahirkan oleh mereka sendiri. Tugas kita untuk membetulkan mereka dan membawa mereka kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar. Adakan usaha daripada pertubuhan dakwah untuk mendekati golongan seniman ini. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka.
Penulis tidak diketahui.
Thursday, August 10, 2006
Harian Metro 10-8-2006
KEZALIMAN Israel terhadap orang awam Lubnan terserlah lagi. Selepas pembunuhan di Qana, selatan Beirut dua minggu lalu, ibu kota Lubnan kini menyaksikan pembunuhan kejam orang ramai di Chiah, hanya kira-kira empat kilometer dari pusat bandar. Selepas kerja menyelamat berakhir semalam, angka korban dalam serangan malam Isnin di Chiah, sudah meningkat kepada 35 dengan kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.
Seramai 75 orang cedera dalam serangan jet pejuang Israel itu yang melancarkan peluru berpandu terhadap sebuah bangunan pangsapuri 10 tingkat. Walaupun pembunuhan kejam di Chiah itu tidak mendapat perhatian media asing seperti di Qana yang mengorbankan kira-kira 37 kanak-kanak, kerajaan Lubnan menganggapnya sebagai bukti Israel mensasarkan orang awam.
Ketua Protokol Kementerian Luar Lubnan, Mustapha Mustapha, berkata ia satu daripada banyak lagi pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Israel dalam konflik yang sudah berlarutan hampir sebulan itu. Antara yang cedera di Chiah adalah seorang wanita 42 tahun yang mengandung anak pertama selepas 17 tahun berkahwin.
Namun, kandungan kembarnya yang berusia 26 hari tidak dapat diselamatkan kerana wanita itu cedera teruk di perut. Ketika ditemui di Hospital Alhayat di Chiah semalam, Inaam Noureldine, 42, hanya mampu berkata Israel kejam, sebelum tidak dapat menahan sebaknya. Suaminya, Ismail Alakharas, 42, berkata dia bersama isteri berada di rumah ketika kejadian dan tanpa sebarang amaran, letupan kuat kedengaran sebelum rumahnya runtuh.
"Kenapa Israel membunuh orang tak bersalah. Bukan hanya kanak-kanak dan wanita, budak yang yang belum sempat lahir juga dibunuhnya," kata beliau.Ismail berkata, malang yang menimpanya menunjukkan Israel membohongi dunia, bahawa ia bertindak hanya sebagai mempertahankan diri. "Mereka sebenarnya menyerang oang yang tidak bersalah di Lubnan," katanya.
Boleh dikatakan semenjak kebelakangan ini banyak isu yang menggugat ketenteraman ummah telah diperkatakan. Isu seperti serangan Israel ke atas Beirut, isu rayuan kes Lina Joy, isu kenaikan harga minyak/barang dan kejadian rogol dan bunuh yang dilaporkan berlaku setiap hari sebenarnya menuntut rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengambil tahu dan menghulurkan bantuan dimana-mana yang mampu.
Apa yang saya perhatikan, bagaimanapun isu-isu seperti itu sangat kurang diambil perhatian. Di pejabat kurang disebut, di warung kurang dijadikan bahan sembang dan dimana-mana saja ia kurang menjadi bahan bualan. Mengapa?
Tidak kita nafikan media ada juga menyelitkan berita-berita tersebut. Tidak kurang ada juga yang menjadikan ia sebagai berita utama dalam akhbar atau media masing-masing. Namun ia masih kurang…
Sebagai salah seorang warga masyarakat, saya dapat menghidu isu paling hebat dan hangat diperkatakan oleh warga Malaysia. Isu Mawi putus tunang dan isu perkahwinan gilang gemilang Siti – Datuk K. Keghairahan mengambil tahu mengapa, konsep perkahwinan, perbelanjaan dan lain-lain melebihi keghairahan mereka mengambil tahu isu yang secara terang mengenai tepat kepada diri anggota masyarakat.
Fokus isu yang kerapkali ditayangkan pula bukanlah sangat terhadap isu ummah, bahkan kepada program hiburan, malah perkahwinan seorang artis yang kononnya Diva ditonjolkan melebihi siaran program hari raya!
Masyarakat Malaysia telah terlalu lama dihidangkan dan dibuai dengan hiburan. Dibuai sehingga mamai jadinya! Mamai meskipun isu yang menyergah adalah isu-isu yang mengenai diri mereka sendiri. Pelik tetapi inilah warga Malaysia.
Usaha keras pelbagai pihak untuk menyalurkan maklumat melalui media alternative sangat dialu-alukan. Keprihatinan masyarakat Malaysia terutama dalam kes Lina Joy vs Kerajaan Malaysia sangat memberikan isyarat positif bahawa rakyat Malaysia sebenarnya mampu untuk menyatakan pendirian masing-masing.
Disamping itu usaha harus dilipatgandakan supaya akta draconian yang membatasi media massa di Malaysia ini dimansuhkan selain memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia hak-hak mereka dan kepentingan mematuhi demokrasi.
Anggota media pula seharusnya menjadi lebih bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka dilaporkan. Ini kerana media (termasuk tv, radio, suratkhabar atau majalah) akan membentuk pemikiran masyarakat tanpa disedari. Melaporkan berita dengan hanya mengambilkira keuntungan fizikal yang bakal diperoleh hanya akan merosakkan masyarakat dalam jangka masa panjang. Tidakkah mereka merasa bertanggungjawab terhadap ugama dan negara?
Tuesday, July 18, 2006
Mon Jul 17, 06 11:40:27 AM Oleh Hanif Nasir aya amat meminati rancangan realiti TV mengenai bisnes dan kepimpinan, The Apprentice yang diterbitkan secara eksklusif oleh Donald Trump.
Kepada yang menonton rancangan tersebut, kita dapat melihat bagaimana Donald Trump menilai peserta-peserta rancangan itu dari segi kepimpinan, perancangan projek, keputusan yang dibuat dan pelbagai aspek lain yang penting dalam perniagaan. Ketua pasukan yang kalah perlu membawa dua orang yang dianggap menyumbang kepada kekalahan pasukan tersebut, untuk dikeluarkan.
Terdetik di fikiran saya bagaimana sekiranya Pak Lah menyertai program realiti The Apprentice itu, dan bagaimana ahli pasukannya yang terdiri daripada Samy Vellu, Khairy dan Najib berhadapan dengan Donald Trump.
Donald Trump: Lah, kenapa kamu kalah?
Pak Lah: Saya pun kurang pasti, semua yang kami rancangkan berjalan lancar. Mungkin pasukan lain mempunyai kelebihan dari segi idea dan buah fikiran.
Donald Trump: Siapa yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam kumpulan ini?
Pak Lah: Saya. Tetapi yang mencadangkan perkara tersebut ialah Samy Vellu.
Samy Vellu: Memang saya yang mencadangkannya tetapi saya pun tidak tahu perkara akan jadi seperti ini.
Donald Trump: Tapi kamu telah membuat kesilapan yang besar. Siapa yang bertanggungjawab dalam promosi? Saya melihat promosi kumpulan kamu sangat teruk, sedangkan kumpulan lain menyasarkan kepada pelanggan internet. Kamu hanya mempromosi di kaki lima.
Khairy: Saya yang menguruskan promosi.
Donald Trump: Apa pula tugas Najib? Najib: Saya menguruskan jualan. Bagi saya jualan kami tidak menyumbang kepada kekalahan tapi strategi pemasaran.
Donald Trump: Saya sangat kecewa dengan prestasi kerja kamu, terutamanya kamu Samy Vellu. Tetapi sebagai pengurus projek, semua tanggungjawab terletak di bahu kamu Lah. Apa pendapat kamu?
Pak Lah: Saya akuinya dan saya akan mempertingkatkan usaha saya dalam tugasan akan datang. Saya akan membuktikan yang saya akan menjadi perantis kamu.
Donald Trump: Baiklah, saya ingin kamu memilih 2 orang untuk dibawa ke bilik persidangan. Siapa yang kamu pilih?
Pak Lah: Najib dan Samy Vellu.
Donald Trump: Kamu pasti? Kenapa kamu tak memilih Khairy? Bukankah Khairy juga melakukan kesalahan dengan pelan promosi yang kurang memberangsangkan?
Pak Lah: Khairy lebih berusaha melakukan tugasannya dengan baik berbanding Najib walaupun gagal.
Najib: Ye kenapa kamu memilih saya? Apa yang telah saya lakukan?
Pak Lah: Jualan sedikit disebabkan oleh kamu. Itu tidak dapat dinafikan.
Najib: Jualan sedikit kerana promosi oleh Khairy yang tidak sesuai dan tidak dapat menarik ramai pelanggan.
Donald Trump: Sudah, cukup! Lah, kamu tahu yang Khairy dan Samy Vellu lebih banyak melakukan kesalahan berbanding Najib. Tetapi kamu tidak memilih Samy Vellu. Terlalu banyak kesalahan kumpulan kamu minggu ni. Kamu tidak dapat memimpin dengan baik.
Pak Lah: Tapi..
Donald Trump: Lah, terlalu banyak kesilapan minggu ni.
Pak Lah: Tapi Tuan Donald... saya...
Donald Trump: Lah... You're fired! Go!
Itu dah kira kesudahan yang agak baik. Kalau angin Donald Trump tak baik, "kamu semua saya pecat!!". Renungkanlah. Hehe...
petikan dari surat pembaca kpd hrkhdly
Monday, July 17, 2006
Saya mengambil alih sebentar dalam mengendalikan blog dmpp menggantikan sementara waktu s/u saya yang sekarang di "awan ungu", maklumlah pengantin baru. Tahniah dari semua warga LPHEL dan DMPP khasnya, moga berbahagia dan berjaya dunia akhirat. Saya kongsikan disini beberapa artikel yang menarik dan mungkin kita terlepas pandang. Saya juga disini ingin mengumumkan tentang Kursus Pengucapan Umum II yang akan diadakan pada 17 sept di TM. Semua peserta Kursus P/U I diminta menyambung terus latihan untuk anda. DMPN pula pastikan menghantar wakil tidak kurang dari 10 orang penceramah berpotensi. Kursus P/U II insyaAllah lebih menarik dan lebih fokus. Hubungi pejabat DMPP untuk maklumat lanjut atau saya sendiri ( sms 0192100066 ) , Pn Rusiah 0193847544, Pn Halimaton 0176531500, Kak Lin 0193603234. Dr Lo'lo', pengerusi LPHEL DMPP
Tuesday, June 06, 2006
SRI Darul Ulum, Tandop, Kedah Darul Aman
6 Jun 2006
7.30 pagi - 8.30 pagi
Perwakilan & pemerhati mengambil tempat
8.30 pagi - 9.00 pagi
Ketibaan tetamu & dif jemputan
9.00 pagi - 9.05 pagi
Aluan pengerusi
9.05 pagi - 9.15 pagi
Bacaan ayat-ayat suci Al Quran & terjemahan
9.15 pagi - 9.30 pagi Aluan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Malaysia (Puan Zuraida Husin)
9.30 pagi - 10.45 pagi
Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ustazah Hajjah Azizah Khatib Mat
10.45 pagi - 11.00 pagi
Pelancaran Wajah Baru Web Dewan Muslimat PAS Pelancaran Blog Dewan Muslimat PAS Pelancaran Buku : Srikandi Mata Rantai Perjuangan
11.00 pagi - 11.45 pagi
Perasmian oleh YB Dato' Husam Musa (Naib Presiden Parti Islam Malaysia)
11.45 pagi - 11.50 pagi
Multimedia Dewan Muslimat PAS
11.50 pagi - 12.30 tgh
Penyampaian Anugerah & Cenderahati
12.30 tgh - 1.45 ptg
Rehat/Makan Tengahari/Solat Zohor Berjemaah/Sidang Media
1.45 ptg - 2.00 ptg
Perwakilan mengambil tempat
2.00 ptg - 5.00 ptg
Sidang muktamar